Koha vs Covic 19

Pandemik Covic19 telah mengubah susunan dunia. Tuntutan dan tekanan hidup mesti diterima dengan hati terbuka demi meneruskan kesinambungan hidup. Banyak perniagaan ditutup, pendapatan pekerja terjejas. Syarikat bertaraf antarabangsa mengecilkan perniagaan mereka, meminta kakitangan mereka bekerja dari rumah, pemotongan gaji dan elaun, tidak kurang juga diminta berhenti atau diberhentikan. Kami juga mengambil langkah yang sama dengan meninggalkan bandar kosmopolitan ini. Matlamat utama kami adalah, SURVIVAL. Memulakan kehidupan di luar bandar yang menuntut kos sara hidup yang rendah dan kebarangkalian jangkitan virus Covic19 juga rendah. Di antara kita terpaksa berpisah, mencari arah dan lokasi yang betul. Tetapi kami masih berhubung melalui teknologi moden terkini. Selepas sembilan bulan berlalu, tidak ada tanda positif pandemik yang akan berakhir. Kami di sini selesa dengan persekitaran kehidupan yang baru. Terowong perniagaan masih redup dan tidak segar. Tidak banyak penarikan pekerjaan kerana tidak ada permintaan baru dari perniagaan kami. Namun, kami berjaya membuat reka bentuk untuk Koha-OPAC. Penemuan tidak boleh dijual, ia akan dikongsi dan dinikmati bersama. Penemuan ini yang kami namakan Made in Kelantan with Love. Bagi sesiapa yang berminat dengannya hubungi kami.

Rekaan ini berada di www.aiu.libcat.my