Recent Posts

Koha OPAC and Covid 19

Pendemic Covic19 telah menukar tatacara hidup dan arah kerja masyarakat dunia. Tekanan dan tuntutan mesti diterima dengan hati terbuka dan mesti diteruskan demi menyambung kesinambungan hidup. Peluang perniagaan tertutup, maka secara tidak langsung geraf pendapatan berada pada paras zero. Banyak syarikat besar yang bertaraf International yang mengecilkan perniagaan mereka, meminta staf mereka bekerja dari rumah, memotong gaji dan elaun, tidak kurang yang diminta berhenti atau dibuang kerja. Kami syarikat yang terkecil ini juga memilih altenatif yang serupa, meninggalkan pejabat kami yang menjadi rumah kedua kami. Kami juga mengambil langkah dengan meninggalkan kota kosmopolitan ini. Matlamat penting kami, survival. Memulakan kehidupan dikawasan pendalaman yang menuntut kos hidup rendah dan kebarangkalian jangkitan virus Covic19 juga rendah. Antara kami terpaksa berpisah, mencari arah dan lokasi sesuai. Namun kami masih dihubungkan melalui teknologi moden terkini. Lebih sembilan bulan berlalu, tiada tanda positif pendemik akan berakhir. Kami disini selesa dengan environmen kehidupan baru. Terowong perniagaan masih malap dan tidak segar. Tidak banyak penghasilan kerja oleh kerana tiada permintaan baharu dari perniagaan kami. Pun begitu, kami berjaya menghasilkan satu rekabentuk untuk Koha-OPAC. Rekacipta bukan untuk jualan, ia untuk dikongsi dan dinikmati secara bersama. Rekacipta ini kami namai Crafted in Kelantan with Love.  https://aiu.libcat.my